Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad (“CIMB” DAN “Bank”) telah memeterai Memorandum Kerjasama (“MoC”) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (“DBKL”), dengan komitmen berjumlah RM5 juta sepanjang tempoh tigah tahun lagi bagi memacu pertumbuhan ekonomi eksklusif menerusi inisiatif Moving KL Forward – Kita Bagi Jadi bersama DBKL x CIMB.
Berteraskan matlamat CIMB untuk memperkasakan pelanggan dan masyarakat atau
Advancing Customers and Society, kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk
merancakkan ekonomi Malaysia dengan mengingatkan asas kesejahteraan komuniti,
memperkukuhkan ekosistem tempatan, memperkada perusahaan mikra, kecil dan
sederhana (“PMKS” dan “PKS”) serta mewujudkan peluang yang mampan, di samping
meningkatkan potensi dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab serantau yang
dinamik, sekali gus memangkin aktiviti pelancongan, pelaburan dan peluang perniagaan di
seantero ASEAN.
Sepanjang tiga tahun akan datang, beberapa siri program akan dilaksanakan menerusi
kerjasama ini untuk merangsan ekonomi perniagaan tempatan dengan penekanan terhadap
pengadaptasian digital dalam kalangan PMKS dan PKS menerus aplikasi CIMB OCTO dan
CIMB OCTOBiz. Inisiatif ini termasuk tawaran insentif pulangan tunai dan rebat eksklusif
bagi menggalakkan perniagaan menguna pakai penyelesaian kewangan digital serta
meningkatkan kecekapan operasi untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi yang
berteraskan digital. Salah satu teras utama inisiatif ini ialah pemerkasaan industri kreatif
tempatan, yang mana CIMB dan DBKL akan bekerjasama dalam penganjuran beberapa siri
aktiviti kebudayaan, festival dan inisiatif seni awam yang mewujudkan peluang pendapatan
di samping memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab kebudayaan.MoC berkenaan telah ditandatangani oleh Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar
Kuala Lumpur dan Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group dan
disaksikan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Wilayah Persekutuan) dan Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi CIMB Group.
Hannah Yeoh berkata,
“Kerjasama ini mencerminkan bagaimana kerajaan dan sektor
swasta seperti CIMB boleh berganding bahu bagi menjana hasil ekonomi yang bermakna
kepada rakyat. Selain pembangunan fizikal, keutamaan kami adalah untuk memastikan
pertumbuhan yang inklusif, berteraskan rakyat dan mampan. Inisiatif di bawah kerjasama ini
akan mewujudkan peluang untuk komuniti dan perniagaan tempatan, memperkukuh
kehidupan, serta memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada
kemajuan bandar, sekali gus membangunkan Kuala Lumpur yang lebih sejahtera untuk
didiami, berdaya tahan dan inklusif, selari Tahun Melawat Malaysia 2026.
”
Sementara itu, Datuk Seri TPr Fadlun berkata,
“DBKL mengalu-alukan kerjasama dengan
CIMB, yang menggabungkan keupayaan kedua-dua organisasi dalam menyediakan peluang
kepada bakat dan usahawan tempatan untuk berkembang, di samping mewujudkan bandar
yang lebih rancak dan inklusif dari aspek ekonomi. Kerjasama ini juga akan meletakkan
Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang bukan sahaja menjadi tarikan pelancong, malah
mengangkat kesejahteraan rakyatnya menerusi peluang ekonomi yang mampan.
”
Matlamat Bank untuk Move KL Forward merupakan satu usaha terancang yang diilhamkan
daripada semangat ‘Kita Bagi Jadi’ CIMB bagi membina ekonomi bandar yang lebih
menyeluruh, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan. Inisiatif ini
meletakkan penanda aras baharu tentang bagaimana institusi kewangan dan sektor awam
boleh bekerjasama untuk menyampaikan impak jangka panjang yang bermakna kepada
komuniti di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.
Novan berkata,
“MoC ini menterjemahkan matlamat CIMB dalam memperkasakan
pelanggan dan masyarakat atau Advancing Customers and Society kepada impak nyata,
dengan meningkatkan asas kesejahteraan komuniti, memperkasa PKS dan membolehkan
usahawan mikro berkembang maju. Sebagai sebuah bank yang berpangkalan di Malaysia,
kami komited untuk membina ekosistem tempatan yang kukuh bagi memacu penyertaan
ekonomi yang mampan dan inklusif. Menerusi kerjasama dengan DBKL ini, kami berhasrat
untuk membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan, mengangkat bakat kreatif
tempatan serta menyemai rasa bangga sivik dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping
meningkatkan potensi Kuala Lumpur sebagai hab serantau, seterusnya menarik lebihbanyak perjalanan serantau, aliran masuk modal dan peluang ekonomi dari seluruh ASEAN,
selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
”
“Melalui penganjuran CIMB OCTO Fest Sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan, kami
telah membantu 360 peniaga tempatan menjana kira-kira RM17 juta jualan, sekali gus
meningkatkan pertumbuhan perniagaan tempatan serta mempercepatkan pengadaptasian
pembayaran digital melalui aplikasi CIMB OCTOBiz bagi mengukuhkan kelestarian
perniagaan dalam ekonomi digital yang semakin berdaya saing. Kerjasama kami dengan
DBKL ini akan memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati oleh setiap lapisan
komuniti dan mencipta nilai yang bermakna untuk semua.
“
Kerjasama ini meliputi empat fokus utama, iaitu Kebudayaan, Keprihatinan Sivik,
Kesejahteraan dan Perniagaan. CIMB akan terlibat dalam mempromosikan mempromosikan
beberapa acara utama anjuran DBKL termasuk Festival Orkestra Kuala Lumpur, Konsert
Ambang Merdeka, Rockestra Lagenda dan KUL Design Festival, Inisiatif Warisan KL dan
Kuala Lumpur UNESCO Creative City of Design. Secara Keseluruhan, program ini dijangka
menarik lebih 100,000 pengunjung setiap tahun, memartabatkan industri kreatif tempatan
serta mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab seni, muzik dan kebudayaan
yang dinamik. Sebagai permulaan kerjasama ini, CIMB akan menganjurkan konsert Moving
KL Forward – Kita Bagi Jadi Bersama DBKL x CIMB pada 16 dan 17 Mei di Panggung
Anniversari, terbuka buat orang ramai.
Kerjasama ini juga turut memanfaatkan lokasi tumpuan utama di seluruh Kuala Lumpur
melalui pemasangan hasil seni dan balutan di bangunan-bangunan ikonik, mural di
sepanjang tebatan Sungai Gombak, serta aset digital DBKL lain, sekali gus menggalakkan
pembudayaan kreativiti dalam persekitaran bandar Kuala Lumpur.
Selain kerjasama dengan DBKL ini, komitmen CIMB terhadap pemerkasaan ekonomi kekal
sebagai misinya dalam merapatkan jurang antara kestabilan kewangan dan mobiliti sosial
untuk semua rakyat Malaysia. Bank telah memperuntukkan RM3.6 juta bagi menyokong
9,000 penduduk di empat Projek Perumahan Rakyat (“PPR”) menerusi inisiatif Santuni
MADANI, meningkatkan kesejahteraan komuniti dan daya tahan kewangan. Serentak itu,
Bank terus memperkasa ekonomi menerusi program-program di bawah iTEKAD seperti
membantu penghantar makanan e-hailing, pesawah padi dan agropreneur dengan dana
serta latihan asas bagi memperkukuh daya tahan pendapatan dan membina kehidupan
yang mampan. Manakala CIMB Foundation pula menyokong Komuniti Tukang Jahit (“KTJ”)
yang bermatlamat mewujudkan peluang penajaan pendapatan mampan untuk ibu tunggal.Secara kolektif, inisiatif-inisiatif ini mencerminkan matlamat menyeluruh Bank untuk
memastikan tiada segmen masyarakat yang tercicir dalam aspirasi negara ke arah
kemakmuran bersama.
